Sunday 24 November 2013

TEST KECEPATAN OTAK


1. Jawab dgn spontan (MESTI CEPAT), tk boleh fikir lama2..
2. baca satu demi satu.
3. fokus..

Permainan fokus warna ... 
Mulaiiiiiii.
1. kertas A4 warnanya apa ?
2. awan warnanya apa ?
3. tisu warnanya apa ?
4. lembu minum apa ?
Kalo jawab susu fokus anda terganggu, sbb lembu minum air. Ok lg skali dgn pantas.
 

1. rambut anda warna apa?
2. bulu mata warnanya apa?
3. jalan tar warnanya apa?
4. kelawar tidur bila?
Kalo jawab malam, maknanye fokus anda silap.
sbb kelawar tidur siang hari.
 

Ok try lg.jawap Pantas..!!!
1. warna dari cendol apa?
2. daun kelapa warnanya apa?
3. warna umum rumput?
4. Zirafah makan apa?
Yang jawab rumput , itu salah,
sbb Zirafah makan daun.


Haaaa..!! salah berapa?? cepat ngaku..jgn senyum sorang2..nnti ada yg ingat anda kurang siuman..hehehe..




p/s: sekadar gurauan. Enjoy..
 

Friday 22 November 2013

Buat Orang Bersalah


Pemergian Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman

Kucikuci nak share mengenai seorang hamba Allah..
Mungkin kita terlepas pandang tentang beliau, sehingga beliau pergi menghadap ilahi baru kita tersedar mengenai beliau..Pergi nya seorang sahabat kita, Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman.
yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.
Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.
Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin.
Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.
Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.
Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.
Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai.
Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.
Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A.
Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.
Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım .

TIP MENJAGA HANDPHONE CANGGIH DENGAN BETUL!

1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..
2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..
3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..
4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..
5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..
6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..
7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..
8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..
9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).
10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.


p/s Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Thursday 21 November 2013

7 KEDAHSYATAN AYAT KURSI

Assalamualaikum wbt~~
Perkongsian bersama..

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala hingga sholat yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sholat fardhu,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala menganugerahkandia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sholat ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi ALLAH sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Semoga bermanfaat..

Congratulations

Hi readers..
Kucikuci banyak cakap..nak cakap yang Result semester 2 dah keluar dah. dalam kos Dsk, semester dua agak susah subjek nya. Tapi alhamdulillah ramai lulus killer paper tuu.. Tahniah kepada classmate gua yang lulus tu and yang dapat Akj. Congrates korang :)) wani and syira, aku tau korang Akj, Tahniah sekali lg. Proud to yourself. Kepada yang ade kene repeat tu, jangan give up, try harder yer, Selamat berjuang untuk semester 3. Sekejap je masa berlalu. Chaiyokk everyone. "Tiada guna bercita-cita jika takut untuk gagal." byebye.. Assalamualaikum wbt~~

Social Network

Assalamualaikum..hi stalkers :))
kucikuci nak share. Social Network sekarang dah banyak dah. Macam-macam ada, facebook lah, twitter lah. Yang kat smartphone tu ada wechat, whatsapp, path, Instagram dll..pheww, banyak doe..Ada baik buruknya social network ni, Jangan engkorang syok sgt smpai lupe diri. haaa, gua pon main jugak bendealah ni, tapi takde lah smpai semua gua nk main, yang gua rajin twitter ngn facebook jer..hehehe..okay then, Dear Fellas, Would you mind? Mind follow kucikuci punye Facebook https://www.facebook.com/Fihapunyer  Kucikuci pon ade twitter, anyone nak follow gua silalah klik https://twitter.com/Nfitriyah_ Saje jer gua nak share this post, bukan nye selalu. Nak mudah lagi, engkorang klik je Social Icon kucikuci dekat sidebar kiri ini. Baca-bacalah dan selamat mengata. Adios fellas~~ Assalamualaikum wbt.. "Aku punye blog, suka hati akulah" *dalam hati..

Icona Pop

Hi readers :) Check out this video. I love it by Icona Pop.

BEZA ANTARA CINTA, SAYANG, SUKA DAN MINAT.

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah.)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.)

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Its okay dear

Assalamualaikum seekers :)
kucikuci nak cerita. Result exam semseter 2 kucikuci dah keluar. Walaupon menurun, Alhamdulillah gua takde repeat. Tapi hampa tak AKJ macam Semester lepas. Hampa-hampa pon bersyukur gua tak ada fail. Thank you Allah. Dah!! muntah kat blog jer baru kucikuci tenang..engko nak cakap aku poyo? biau ar..aku bukan kau. hahaha, byebye readers :)) ADIOSSS~


Wednesday 20 November 2013

Pemesnye Seorang Musician "ENCIK MIMPI"

I wonder who is he? Given name Encik Mimpi. Musim lah sekarang, ramai minat dengan EM ni. Untung lah EM. Tak tahu rupa dia sampai sekarang sebab dia pun pakai topeng, gitu kauu.. EM pernah balas mention gua, katanya dia ZAC EFRON. wuuuuu..taste lah EM. "Nak Zac Efron jeeee.."
Selalu jugak gua now listening Rindukanlah by Encik Mimpi.

kucikuci tak suka

Hi readers :)) Assalamualaikum... Gua tak suka. tak suka apa? Tak suka penipu dengan pencuri. Sebab "siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri". Kucikuci tak suka golongan ini. Semoga mereka diberi petunjuk, Aminn..Wassalam..

kisah sebelum result exam keluar.

Assalamualaikum bloggers reader :))
Alkisah ini terjadi sebelum result exam semester dua gua keluar. Macam best je, macam best je. Result exam keluar Pada tanggal 21 November 2013 iaitu Esok/Khamis. ehheee..cerita nye, classmate gua send gambar kat Whatsapp pasal jalan gelap nak tengok result nye. huuu, gua ape lagi? nak tak nak bukak lah spmp.polisas.edu.my tuuu..ape lagi, hancur lah berderai jiwa raga gua. hmphh. gua tengah berharap ni, dengan harapan esok masa gua cek result, blackout then gua on balik tengok result dapat 4.0. Aminnnn, hahahaha... dah tu je cerita nye. babai seekers. Adios, Assalamualaikum wbt.

Life in Dsk

Gua woon a.k.a Nurul. Fullname Nurul Fitriyah. WHAT is Dsk? Act gua student politeknik, eerr..Politeknik Sultan haji Ahmad Shah, Kuantan a.k.a POLISAS. yeaaa, dekat polisas ade kos dsk. Ape tu? Dsk standing for Diploma Sains Kesetiausahaan. ehhe..Secretary to be. Macam senang je, macam senang je kos ni. Gua pon try la kos ni. ehhemm, senang kau jah. sesenang kopek kulit kacang. phewww, senang tak senang benar nya. Ku relakan jiwa... ( now playing ) ahhhaaaa.. Cakap je senang gua ni. That all for dsk story. Maleh nak cito panjang-panjang ni. hihihihi.. okay, adios seekers. daaaaaaaaa.. :)))